Lirik Di Selubung Rindu - Zack Zakwan

Lyric Di Selubung Rindu - Zack Zakwan

Lirik Lagu Di Selubung Rindu - Zack Zakwan

Sejenak aku merenung kisah silam
Biarlah aku menanggung apa ada didalam
Berakhir sudah epilog cinta kita
Permata hati membawa diri

Berat sungguh bagi diriku
Mana arah dan mana tuju
Segala gala tak menentu diselubung rindu

Walau pahit kutelan sahaja
Namun di dalam merasainya
Apa dibuat serba kena pastinya kecewa

Aku terus melangkah pergi
Bertemankan sekeping hati
Dipenuhi ranjau berduri
Sakit pedihnya tak terperi

Di satu sudut ku terdampar
Keluh lesuh tak ku sedar
Semua kerana peristiwa itu
Semua kerana peristiwa itu

Aku terus melangkah pergi
Bertemankan sekeping hati
Dipenuhi ranjau berduri
Sakit pedihnya tak terperi

Di satu sudut ku terdampar
Keluh lesuh tak ku sedar
Semua kerana peristiwa itu

Termanggungku di perantauan
Tersesat ku di persimpangan
Yang nyata kita berjauhan
Buat selama lamanya

Putus kasih putus segala
Sering kali kau ungkapkan
Kuturuti apa yang engkau hajati
Biar aku menanggungnya... sendiri