Lirik Payung - Elizabeth Tan & Zizan Razak

Lyric Payung - Elizabeth Tan & Zizan Razak

Lirik Lagu Zizan Razak, Elizabeth Tan - Payung

Satu dua tiga lekuk
Semua aku ketuk
Karang kena letup kan payah
Satu dua tiga lekuk
Takkan lepas cangkuk
Karang kena cekup kan susah

Langgar sini langgar sana
Kerja sikit lebih masa
Banyak benda kena payung
Nak dapat sagu pecah ruyung

Benda boleh perang, jangan runding
You got beef? Aku ada serunding
Tembak dulu, soal kemudian
Nak lulus tapi takut ujian

Abah kau! Suka-suka nak langgar
Kira langkah jangan sampai salah anggar
Sebut namaku bergegar satu bandar
Jangan sampai kau hilang tiada tanda

Banyak mulut busuk sudah aku payung
Tapi kacang memang mudah lupa kulit
Macam tikus lari dari kolong
Hilang pedoman bila diulit duit

Buat baik, pada-pada
Buat jahat, tunggulah

Jangan cakap aku tak payung
Jangan cakap aku tak payung

N?akkan bulan dan matahari
Yang hadir hanya si api-api
Siapa sangka, sudah begini
Andai tak turutkan rasa hati

Si kaki licik, yang bergeliga
Buaya pun mampu diperdaya
Putih dah bersalin merah roho
Putik dah menjadi bunga loco

Ay ay mana posse?
Mana apit kanan? Mana apit kiri
Kata kita brother-brother sampai mati
Biar aku sorang-sorang kamikaze

Hempas pulas ku melangkah ke kiri
Jadi jangan kau bilang sama mama papa
(Pandai buat pandai cuci)
Jika kau tak mahu jatuh, boleh saja kau berteduh dengan ku
(Jaga-jaga dengan uji, setan dulu pernah suci)